Wednesday, December 31, 2014

Mitos Breast Pump Mahal Susu Banyak

Ha..ada tak terlintas dalam fikiran tentang mitos ni..huhu...saya dulu pun pernah terjebak..ok sebelum tu saya nak survey pasal breast pump ni, soalan yang paling banyak berkumandang dalam kepala ialah breast pump mana yang paling bagus? atau soalan yang sepatutnya, breast pump mana yang paling sesuai dengan diri? 

Actually, kita takkan tahu breast pump mana yang bagus & sesuai dengan kita selagi belum cuba. Tak semestinya si A sesuai dengan Brand A akan sesuai dengan kita. Mungkin yang tak sesuai dengan orang lain, yang tu yang berkesan kan kita. So it is subjective, but then kita boleh cari ikut keperluan & kesesuaian kita berdasarkan kriteria breast pump tu & review2 dari orang lain walaupun mungkin tak sama tapi at least ada la point dari blur langsung pasal breast pump.

Antara point-point & kriteria penting kita perlu tahu tentang breast pump:

1) Range harga
Breast pump boleh dibeli dari range harga RM20 sehingga la RM2000. Belilah pam yang sesuai ikut kemampuan. Tak semestinya beli pam beribu, susu dapat banyak. Sama je. Mana2 pam sama sahaja. Cuma pastikan, ia selesa, tak menyakitkan, suction macam baby yang sedang menghisap n senang nak bawa ke mana2. Kalau boleh, beli time promosi ok! Beli masa jualan murah. N survey dulu harga pam. Jangan main beli je.

2) Jenis breast pump
Ada banyak jenis breast pump. Tapi secara generalnya ada 4 iaitu manual, battery-operated, electric & battery+electric operated.

Manual: Kita pump sendiri guna kederat tenaga fizikal & mental. Agak meletihkan tapi harga murah dari yang lain. Kalau elektric source takde pun kita masih boleh mengepam. Sesuai untuk yang pam kadang-kadang, jarang-jarang. Biasanya ada single pumping sahaja.

Battery-operated: Breast pump yang menggunakan battery yang rechargeable. Kena pastikan jangka hayat untuk battery berapa lama dia mampu bertahan.

Electric: Pump yang menggunakan electric. Mudah & tidak memenatkan. Perlu ada electric source. Kemudian plug in & pam la sambil tengok tv ke buat keje ke.

Battery+electric operated: Pump yang ada dual function, boleh pakai electric & boleh pakai battery yang rechargeable. Ini mungkin breast pump yang menjadi idaman ramai ibu-ibu.

3) Single atau Double pumping



Single pumping maksudnya breast pump tu hanya boleh pam salah satu dari breast dalam satu masa. Kiranya kena gilir-gilir. Manual biasanya adalah single pumping mana kala ada juga single pumping dalam jenis battery-operated, electric & battery+electric operated. Ada juga single pumping yang boleh di-upgrade menjadi double pumping.

Double pumping maksudnya breast pump tu mampu pam serentak kedua-dua breast. Double pumping biasanya adalah dari jenis breast pump electric & battery operated.

4) Brand breast pump
Ada berlambak-lambak brand breast pump di pasaran. Sebab berlambak tu la jadi pening mana satu nak pilih ni kan. Antaranya Medela, Avent, Spectra, Modu, Nuby, Tommi Tippee, Ameda, Unimom, Anakku, Pureen. Antara yang famous & selalu kita baca review blogger2 kat Malaysia tentulah Medela, Avent & Spectra.

5) Jenis sedutan
Jenis sedutan atau suction ni penting. Ada breast pump yang boleh mimic seperti baby, ada yang suction agak kuat, ada yang senyap semasa mengepam & ada juga yang krok krek krok krek (boleh tak buat bunyi gini?) bising bila dipam. Di sini kita boleh baca review & pengalaman orang lain. Breast pump electric biasanya mampu selaraskan atau oter kelajuan sedutan mengikut keselesaan kita.

6) Bilangan parts
Ada breast pump yang mempunyai banyak parts & ada juga yang sedikit. Make sure all the parts are BPA free sebab kita pump susu untuk diminum baby. Pastikan spare part mudah untuk dicari supaya senang untuk menggantikan jika ada part yang hilang atau rosak. Breast pump jenis manual kebiasaannya mempunyai parts yang sedikit berbanding breast pump jenis lain. Breast pump jenis electric & battery operated juga perlu dihantar service, macam kereta pulak ye. Di sini adalah penting adanya warranty dalam membeli sesebuah breast pump.

7) Size & Berat
Size & berat sesebuah breast pump juga berbeza. Macam biasa, ada yang ringan, ada yang berat, ada yang kecik, ada yang gedabak besar masuk handbag confirm tak muat. Bagi yang selalu travel & membawa ke hulu hilir breast pump ni lebih-lebih lagi ibu bekerja, haruslah consider breast pump yang ringan, kecil & mudah untuk dibawa.

8) Ketahanan pam
Dicadangkan, cari pam yang tahan lasak serta motornya tahan untuk sesi pengepaman yang kerap. Biasalah ibu menyusu yang bekerjaya sudah pastinya akan lebih kerap mengepam berbanding dengan ibu yang tidak bekerja. Kerana stok susu sangat2 diperlukan bagi ibu yang bekerja serta kerap keluar berkursus. Boleh rujuk pada jurujual dan tanya betul2 pam mana yang jarang mengalami kerosakan motor dan sebagainya.

9) Keselesaan
Pastikan, corong pam yang akan dilekapkan ke atas breast kita, mempunyai alas getah yang lembut serta selesa. Lebih baik, corong pam yang mempunyai pelbagai saiz. Disebabkan, kita semua ni unik, ada pelbagai saiz. Tetapi kebiasaannya, corong sedia ada dijual telah pun direka dalam saiz yang standard (atau kata lain, FREE SAIZ).

10) Mobility
Pilihla pam yang rasa selesa n flexible untuk dibawa ke sana ke mari. Yelah, sesi mengepam paling kurang 2 kali sehari kan. Ni kalau beli set pam yang terlampau banyak compartment nyer...agak leceh... Penat nak usung ke sana ke mari.



Kesimpulannya, pastikan "breastpump" yang ingin dibeli kualitinya bagus dan tahan lasak + tahan lama. Sebaiknya google atau bertanya dengan rakan lain pendapat serta pengalaman mereka dengan pam sedia ada. Boleh juga google pam yang sedang dipromosikan dengan harga yang menarik. Kemudian baru decide nak beli yang mana.

So mitos susu banyak bergantung pada breastpump tadi..sebenarnya bergantung pada ibu itu sendiri..niat, doa, usaha dan tawakal..mengambil makanan seimbang, minum air yang mencukupi dan tidak lupa jug Milk Booster..dan jangan lupa cuba 'power pumping' dan 'tandem nursing' untuk mendapatkan supply yang mencurah-curah insya Allah. 

Hubungi saya utk keterangan lanjut dan pra konsultation.

0146612435 pn khairiyah

0 comments:

Post a Comment