Tuesday, December 30, 2014

Apa itu tandem Nursing

Bagi mereka yang first time dengar, tandem nursing merupakan satu istilah yang digunakan merujuk kepada perbuatan menyusukan 2 anak atau lebih yang bukan kembar dalam satu masa. Atau dalam lain perkataan, ibu menyusukan anak yang lebih tua bersekali dengan anak yang baru. Kakak / abang kongsi nenen dengan adik la senang cakap.

Apa kata orang tentang tandem nursing?

Soalan paling glamor yang biasa diajukan kepada individu yang membuat tandem nursing ialah " Cukup ke susu tu nanti untuk adik dia minum? " Jawapannya " Cukup... tandem nursing akan menghasilkan lagi banyak susu..so tidak hairan lah ramai yang mengamalkan tandem nursing walaupun mempunyai anak yang masih menyusu badan.

Konsep penyusuan susu ibu ni sangat menakjubkan! Lagi banyak susu yang keluar, lagi banyak susu dihasilkan. Konsep demand and supply. Lagi banyak permintaan, lagi banyak la penawaran.

Kelebihan tandem nursing

1. Meningkatkan penghasilan susu ibu. Ini disebabkan oleh pengeluaran susu yang lebih apabila disusukan oleh dua orang. Konsep demand and supply - lagi tinggi permintaan, lagi banyak penawaran.

2. Mengelakkan breast bengkak akibat dipenuhi susu (engorgement). Biasanya diawal kelahiran, baby suka tidur lama-lama. Kadang-kadang kejut pun dia tak mahu bangun untuk menyusu. Ni yang biasanya payudara mummy membengkak sebab susu tidak dikeluarkan. Hah! kalau ada si kakak atau abang yang menyusu..masalah ini tak akan berlaku sebab mereka la yang akan tolong habiskan susu yang memenuhi kolam susu tersebut.

3. Mencepatkan penghasilan susu. Biasanya selepas melahirkan, susu akan banyak pada hari ke-4 atau ke-5 kelahiran. Tapi dengan tandem nursing, penghasilan susu semakin banyak seawal hari ke-3.

4. Mengelakkan baby tersedak susu akibat fast flow. So kakak/ abang yang masih menyusu dapatlah mengurangkan bengkak  dan sudah pandai mengawal susu berkelajuan tinggi itu. Jika bayi, mahunya tersedak..lagi satu, susu yang awal2 tu foremilk, susu cair yang kandungan air lebih sikit manakala susu yang dah last2 hindmilk, susu yang lebih pekat dan kandungan lemaknya lebih sikit. So, kakak dapat susu cair, adik dapat susu pekat!


0 comments:

Post a Comment