Kebaikan Vitamin C untuk Badan
1. Imunisasi / Daya Tahan Badan
Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari
jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga
meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara
dari bakteria, virus dan jangkitan.
Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia
diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung.
Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi
kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.
2. Demam Biasa
Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai
anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam
seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal
alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya
mempercepatkan baik demam.
3. Anti-oksida
Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan
dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif
atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak
baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.
4. Tekanan Darah Tinggi
Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan
mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga
masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.
5. Saluran Darah
Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik.
Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol
tinggi, sakit jantung dan sakit dada.
6. Keracunan plumbum.
Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah
secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama
di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan
tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami
kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan
plumbum.
7. Untuk Kurus
Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan
mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan
diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang
menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan.
Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh
merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada
lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.
8. Tekanan
Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal
paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.
9. Katarak
Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan
baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata
menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta
dikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang
katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh
mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.
10. Barah
Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel
dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa
panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu
terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah
termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C
juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat
baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan
fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.
11. Tenaga.
Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua
keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu
fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.
12. Sakit Jantung
Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang
radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan
plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan
serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan
Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena
sakit jantung dan strok.
13. Diabetes
Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C
kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan
memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam
sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.
14. Asma
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko
terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan
histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.
Kebaikan Vitamin C untuk Kulit.
15. Perlindungan dari matahari
Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil
kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok.
Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah
kepada cahaya matahari.
Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh
radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka
masa panjang.
16. Penghasilan Kolagen
Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2
elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit
jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan
dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan
kedutan dan tanda penuaan.
17. Penyembuhan Luka
Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang
rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh
adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan
mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.
18. Melindungi dari perubahan warna kulit
Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang
menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia
juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan
melanoma(masalah kulit).
Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan
tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.
19. Memperbaiki tekstur kulit
Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik
dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah
kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa
nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin
C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.
Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan,
melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan
kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.
Kebaikan Vitamin C untuk Rambut.
20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut
Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca
utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering
dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut.
Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita
menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut
dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan
rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas
dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet
seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.
Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai
rambut yang sihat, kuat dan lebat.
21. Melawan Kelemumur
Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit
kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan
menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit
kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia
juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada
ciri-ciri anti-viral.
22. Mengurangkan Keguguran Rambut.
Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting
untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh
kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.
23. Rambut yang lebat
Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan
kapilari darah. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.
24. Melawan Masalah Rambut
Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan
melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh
mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.
25. Mengelak dari Uban
Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan
membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan
pada rambut.
Vitamin C Shaklee
Di Shaklee, vitamin c dikenali sebagai Sustained Release
Vita-C.
Apa itu sustained release? Ia bermaksud proses di mana
diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut
paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Atau
dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan
mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang
consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3
liter sehari.
Dapatkan Vitamin C Shaklee anda di sini:
Sustained Release Vita-C Plus
180 tablet
Hubungi saya Pn Khairiyah 0146612435 untuk harga istimewa..
0 comments:
Post a Comment