Thursday, January 8, 2015

Seronok ke WAHM?


Rasanya semua orang tahu apa itu WAHM stand for kan "Work At Home Mom". Ada yang tanya seronok ke jadi WAHM? Haaaa...tentulah jawapannya seronok gila! Apa pengalaman saya..Jom saya share..

1) Saya dapat buat apa yang saya tak dapat buat sepanjang saya bekerja dulu iaitu bersenam...pagi-pagi orang lain terkejar-kejar ke pejabat dan jem berjam-jam..tapi saya tidak lagi..rutin saya setiap pagi,bersenam selama 1jam bersama suami tercinta..kebetulan suami pun bekerja sendiri dari dulu so dia tak rasalah perubahan sangat macam saya.. balik ke rumah sambung pula cycling 30 minit..peluh jangan cakap lah..selama ni peluh terperap selama 8 tahun..duduk pula dalam aircond..harap pergi ke site visit la baru berpeluh..

ha..ni basikal yang saya beli..murah sahaja..kalau beli brand Ogawa, Takasima memang beribu lah kan..tapi saya pilih yang ni je mmg berbaloi..ada meter tunjuk masa, jarak, kelajuan, kalori dibakar dan juga nadi..

dapatkan basikal senaman ni di sini

Suami pula lebih suka berbasikal biasa sahaja kerana nk ronda-ronda katanya.. selain  itu kami sambung pula workout untuk 15 minit untuk mengempiskan perut n spare tyre hehe menggunakan Revoflex ini:

dapatkan alat ini di sini

2) ada masa untuk santai-santai minum pagi bersama suami..selesai bersenam, jam pun dah pukul 9:15pagi, sarapan paling ringkas kami pilih dengan mengambil ESP/ Meal Shake serta Suppliment Shaklee..tiap-tiap hari tukar resepi berlainan supaya tidak boring..antara resepi pilihan seperti ini:

dapatkan Meal Shake ini di sini

3) Solat Dhuha..ya ini lagi satu..sepanjang 8 tahun sy bekerja..memang tak ada peluang langsung utk solat dhuha..tiada fasiliti surau jadi punca dan pengurusan adalah bukan beragama islam. Memang susah..masa sangat terhad. 


Syahdu rasanya bila dapat mengerjakan solat dhuha yang dah lama saya tinggalkan pada bulan ramadhan yang lepas..dan insya allah saya akan teruskan setiap hari..terima kasih juga pada shaklee family yang banyak memberi dorongan untuk terus mempertingkatkan maju dalam bisnes seiring dengan memantapkan ibadah kepada-Nya..ini adalah salah satu sebab itama kenapa saya pilih Shaklee berbanding peluang perniagaan yang lain. 

Tak dinafikan banyak peluang yang datang setelah saya mula bekerja sendiri..tetapi hati saya kuat untuk Shaklee..tq Mama Norhanita Jusoh

4) Masuk kerja jam 10 pagi..yeay..bukan tak boleh masuk awal pagi, tapi rasa lebih elok jika pengisian pagi di lengkapkan dengan aktiviti rohani dan jasmani, dengan itu tiada masalah untuk mula apa-apa pekerjaan..semua dimulakan dengan minda segar dan badan yang bertenaga..


Cerita saya..
Sebelum berhenti kerja, saya sudah mula membuat persiapan 3 tahun sebelum dengan menjinakkan diri dalam bidang bisnes ni..bermula dengan ejen dropship..niat asal untuk suka-suka kerana saya ada 2 orang anak perempuan dan sy memang pantang lihat pakaian dan aksesori yg cantik..sambil beli untuk mereka..saya buat satu blog untuk cuba menjual di www.zltkids.blogspot.com .  Walaupun menjadi ejen dropship untung tak seberapa, tapi saya buat sungguh-sungguh dan menyimpan keuntungan sedikit sedikit lama jadi bukit..hehe..setelah peroleh sedikit modal tanpa pinjaman bank, saya mula membeli barang sendiri secara borong tetapi berperingkat-peringkat..dropship saya masih teruskan..kemudian setelah 2 tahun aktif berdrophip, kewangan semakin stabil dan saya mula berniaga secara online secara serius dan mendaftar perniagaan serta membina website pula di www.zltkids.com

Nak buat website mcm saya? Dijamin harga mampu milik bukan ribu riban..hehe.. klick di sini

Banyak pengalaman pahit manis sebelum sampai ke tahap sekarang..masuk tahun ke tiga saya bercadang membuka butik sendiri di Subang Bestari kerana barang-barang jualan dah penuh stor dan tidak lagi sesuai di buat di rumah. 

Alhamdulillah rezeki berganda..dan urusan sangat mudah dengan website. Saya dapat bekerja dan dlm masa yang sama bisnes berjalan dengan sendiri tanpa risau..balik kerja hanya update payment customer sahaja. Suami pula membantu dalam urusan pembungkusan barang sebelum posman datang untuk pickup. Ejen-ejen dropship Zara Little Tots juga semakin bertambah..alhamdulillah syukur..

nak join sebagai ejen dropship ZLT Kids klik di sini.

5) Makan tengah hari bersama suami..mungkin saya berbeza sedikit..kerja saya di kedai bukan di rumah. Walaupun rumah dekat sahaja tidak sampai 1km dari kedai, tapi untuk balik dan prepare makan tengah hari untuk 2 orang memang sangat tak praktikal bagi saya..so kami pilih untuk makan tengah hari ala-ala berdating la kan..hehe best sangat..


Lokasi makan tengah hari di kedai yang berdekatan sahaja atau jika tidak banyak sangat urusan baru kami ke kedai yang lebih jauh dan tempat lebih istimewa..

6) Balik kerja tepat jam 5:30-6:00 petang tanpa perlu bersesak-sesak..dah lama tak rasa jem..hehe...kerana jarak memang x sempat panas enjin. Ambil anak-anak yang balik sekolah hanya di blok sebelah sahaja dan terus ke rumah.


Saya akan prepare makanan petang..menu makanan petang biasanya yang ringkas-ringkas aje..makan sambil-sambil anak-anak beriadah di luar rumah bersama anak-anak jiran..sangat happy lihat mereka dapat jalani kehidupan yang sihat..kalau tidak dulu, balik rumah dah malam..so anak-anak terperap lah dalam rumah..aktiviti terhad kepada buat homework dan menonton tv aje makan then tidur..

7) Masak untuk makan malam..dulu malam memang tak sempat nk masak. Blik kerja dah jam 8mlm..sekarang boleh lah memasak untuk si comel dan suami tercinta..feeling dia sangat tak terkata..

nak dapatkan tools yang superb cool untuk kitchen anda klik di sini.

8) Dapat solat berjemaah dan mengaji bersama anak-anak..mengikuti perkembangan dan mengulangkaji pelajaran anak-anak. Tidurkan anak-anak seawal jam 10mlm kadang2 saya juga terlelap sama..tapi kebiasaannya saya akan bangun semula untuk berkemas dan buat task list untuk keesokkan dan sambung dengan solat tahajud..dan tidur semula sehingga keesokkan hari rutin bermula seperti biasa..

Secara kesimpulannya, kepuasan saya rasa kerana semua dalam keadaan seimbang. Ibadah bertambah, kesihatan, makan, pakai anak-anak dan suami terurus..terasa perubahan yang sangat positif..

Bekerja sendiri tidak sama seperti bekerja dengan org lain..kita usaha lebih dapat lebih..rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan berdoa..kita mesti ada 1001 impian yang jelas untuk di capai..Alhamdulillah di tambah pula dengan jodoh bersama Shaklee, berikan impak baru kepada saya sekeluarga..

I love my new job WAHM, my life & my family!

Syukur Allah..

Nak join saya? Boleh..insya allah saya akan guide dan kita berjaya bersama-sama..insya allah..

Hubungi: Pn  Khairiyah  
Whatapps: 0146612435 

0 comments:

Post a Comment