Wednesday, December 31, 2014

Dah buat 'Power Pumping' tapi susu tetap merudum..


Salah 1 teknik apabila susu merudum adalah teknik POWER PUMPING... ramai tak tahu apa itu POWER PUMPING...terutama ibu yang menyusu anak secara eksklusif jangan ambil tak endah yer.... lainlah kalau susu memang "naturally" banyak kannnn???


APA ITU POWER PUMPING???


POWER PUMPING adalah 1 teknik mengepam untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.Ianya cara mengepam yang biasa tetapi dengan teknik tertentu. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu.

BAGAIMANAKAH CARA POWER PUMPING???

Single pump - pam payudara sebelah kanan selama 20 minit kemudian rehat 10 minit kemudian pam payudara sebelah kiri selama 10 minit, rehat 10 minit dan ulangi mengepam payudara sebelah kanan 10 minit dan ulangi berselang-seli antara payudara kanan dan kiri berterusan selama 1 jam.
Double pump - pam kedua2 belah payudara secara serentak selama 20 minit kemudian rehat selama 10 minit dan pam balik 10 minit rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

BILA MASA YANG SESUAI BUAT POWER PUMPING???
 

Boleh buat pada bila2 masa tetapi waktu yang terbaik adalah dari tengah malam sehingga subuh kerana hormon yang merangsang susu paling banyak dihasilkan pada waktu ini dan ibu juga kurang "stress" pada waktu ini jadi hormon oksitosin senang disingkirkan. Seeloknya ikut jadual pam seperti dalam rajah untuk mengelakkan bengkak susu.

SIAPA YANG PERLUKAN POWER PUMPING???

  • Ibu yang kekurangan susu - punca kurang susu seperti "menstrual cycle", hormon tidak stabil, emosi terganggu, dll. 
  • Ibu yang menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu.
  • Ibu yang relaktasi / ingin menyusukan semula anak setelah lama berhenti menyusu.
BAGAIMANA MENYIMPAN HASIL PERAHAN???

Pastikan hasil perahan disimpan dalam suhu yang sama...susu perahan dari 3 kali perahan tersebut mestilah disejukkan dahulu dalam peti sejuk di bahagian bawah...setelah suhu sama barulah "combine"kan dalam satu botol dan simpan dalam "deep freezer". Boleh refer jadual untuk memastikan tahap suhu yang sesuai utk mengekalkan khasiat EBM anda.

BERAPA LAMA BARU NAMPAK HASILNYA???
Setiap orang adalah tidak sama. Ada yang beberapa kali buat dah nampak perubahan ketara tapi ada juga yang agak lambat tetapi kebiasaanya dalam masa seminggu memang akan ada perubahan ketara. Jadi ibu2 semua haruslah bersabar dan "keep on pumping"... jangan sesekali "give up"... fikir yang "uols" buat semua ni untuk "baby uols"...fikir positif itu penting tapi jangan ingat buat sekali terus dapat susu banyak mencurah2 yer... "No no no"... mungkin pada awalnya "uols" mengepam angin semata2 tapi seperti yang dikatakan tadi jangan putus asa, doa dan tawakal....

DAH BUAT POWER PUMPING TAPI SUSU MASIH SEDIKIT???


Tidak dinafikan memang ada ibu yang sudah berusaha tapi penghasilan susu masih sedikit. Kenapa jadi macam ni??? Cuba cek diri "uols"....

  • Pemakanan yang tidak seimbang.
  • Pengambilan air yang tidak cukup (minum sekurang2nya 3 liter air sehari)
  • Ibu sentiasa kurang bertenaga, tidak sihat dan sentiasa penat.
  • Pemikiran negatif dan emosi sentiasa tidak stabil.
  • Ibu2 yang sudah berusaha tapi masih belum mendapat kuantiti susu yang diinginkan atau yang sudah mendapat susu yang banyak tetapi mahu lebih lagi untuk buat stok??? Apa lagi makan supplemen ler... ha ha ha... bantuan ok bantuan... supplemen apa??? Banyak jenis dan melambak2 di pasaran... Google ajer... "consult doctor" ajer... kawan2 "uols" pun mesti ada yang tau pasal ni...hi hi hi... Segalanya di hujung jari...
Takpun boleh terus hubungi saya Pn Khairiyah dan saya pasti akan guide anda utk pemilihan kombinasi suppliment yang terbaik untuk keperluan anda..

Pn khairiyah 0146612435

0 comments:

Post a Comment