Thursday, April 9, 2015

Rahsia rawat tekanan darah tinggi dalam 30 hari tanpa supplimen dan ubat-ubatan..

Air itu penawar paling mujarab..


Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.
Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
• Minum empat gelas air (640ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
• Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
• Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
• Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
• Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.


Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
1. Tekanan darah tinggi – 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes – 30 hari
4. Sembelit – 10 hari
5. Kanser – 180 hari
6. Tibi – 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

Begitulah..sehebat ciptaan Allah SWT kadang-kadang tanpa kita sedar..Dia telah mencipta penawar segala penyakit cuma kita perlu konsisten dan jaga permakanan dari awal dan amalkan senaman sekurang-kurangnya 20min sehari.

Sunday, January 18, 2015

Resepi Waffle Garing


Cute kan waffle maker ni..berminat?? bole dapatkan di sini..sesuai buat bekal untuk anak2 pergi sekolah..bancuh adunan mlm..simpan dlm peti ais..esok masak je..jom tgk resepi..
Bahan-bahan ( 2 orang (20 kpg cute waffle) )
1 biji telur
1 cawan tepung (3/4 tepung gandum. 1/4 tepung jagung.) + 2 sudu besar Meal Shake / ESP
secubit garam
1/2 sudu kecil tepung penaik
1 cawan susu
1 1/2 sudu besar gula
1/6 cawan minyak
1/2 sudu kecil esen vanila, serbuk pala atau serbuk kayu manis (apa2 perasa)
* campuran tepung gandum+tepung jagung adalah untuk menggantikan tepung kek yang agak mahal. Boleh juga guna tepung kek 1 cawan...

Cara-cara
*Pisahkan telur kuning dan telur putih. ambil telur kuning, campurkan dengan susu, minyak, esen vanila, kacau sampai bercampur.
*ayak tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan garam. masukkan dalam bahan basah tadi. biar dalam 15 minit.
*Pukul telur putih hingga jadi soft peak (telur putih melekat pada pengadun dalam bentuk kon). masukkan gula tadi.
*Kaup balikkan telur putih dalam adunan waffle selebihnya.

Caranya:
masukkan sedkit adunan waffle dalam putih telur, gaul sekejap, kemudian masukkan ia ke dalam adunan selebihnya. Jangan terlebih kacau.
Pastikan wafflemaker telah betul-betul panas, kemudian tuang adunan (hati-hati jangan sampai melimpah). biar tiga minit atau sehingga kuning keemasan dan wap air pada wafflemaker berkurangan.
sejukkan atas redai kek sementara habiskan adunan selebihnya. Boleh dimakan dengan jem atau nutella.
Jika ada lebihan waffle, boleh disimpan dalam freezer dan dimakan hari lain. cuma toast ia dalam setting paling rendah.

p.s. jika mahu lebih rangup, lepas masak boleh toastkan lagi dalam setting paling rendah. luar akan lebih garing.

Pm /wasap 0146612435 pn khairiyah

Resepi Takoyaki Yum Yum..!


Jom buat bekal takoyaki untuk anak2..alat dah ada?? bole dapatkan di sini..resepi pula kita adjust2 tambah Meal Shake / ESP kat dalam..jom tgk..

RESIPI ADUNAN TAKOYAKI (26 - 30 biji)
Bahan :
1 cawan tepung gandum + 2 sudu besar ESP/ Meal Shake
1 1/2 Tbsp tepung jagung
2 biji telur saiz A (120g)
2 cawan air
1 tsp serbuk stok ayam
3 tsp kicap cair Jepun/ kicap cair biasa
1. Cuma campurkan semua bahan dalam mangkuk yang agak besar
2. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut/tiada gumpalan tepung
3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.
4. Sediakan bahan lain/inti pula.
BAHAN INTI :
Octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/belut etc (pelbagai variasi)
Daun bawang - hiris nipis
Kobis bulat yang dicincang/disagat..
CARA MASAK :
1. Panaskan acuan takoyaki dan drizzle minyak masak disetiap lubang (Dulu saya guna tisu dapur dicelup dengan minyak, tapi tengok kat stall diorang guna botol sos cam gambar bawah ni aje.. lagi mudah)
2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh
3. Letakkan inti octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/ belut disetiap lubang
4. Taburkan daun bawang dan kobis. Saya tengok kat stall letak banyak giler kobis
5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah
6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan)
7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat
8. Drizzle dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan
9. Teruskan sampai nampak garing
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan
11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas
BAHAN HIASAN ATAS :
Sos Takoyaki (resipi sos di bawah)
Mayonis Japanese - saya guna Kewpie
Ao-nori (serbuk seaweed) - boleh cari di Jusco juga..
Katsuobushi /bonito flake (kepingan ikan) - beli kat Jusco bahagian makanan Jepun/Korea
Cara hias :
1. Drizzle sos takoyaki
2. Drizzle mayonis
3. Taburkan serbuk seaweed
4. Taburkan bonito flakes/ katsuobushi
Resepi Sos Takoyaki
1 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap cair
1/4 cawan air asam jawa
2 cm halia - tumbuk halus
1 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/2 cawan gula
1. Campur semua bahan dalam periuk
2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih
3. Kecilkan api dan reneh sampai dapat kepekatan yang dikehendaki
4. Sejukkan sos
5. Tapiskan ke dalam botol sos untuk mudah drizzle (guna tapis paling halus/tapis teh sebab nanti lubang botol tersumbat pulak dengan bawang putih/halia)
notakaki:
Kalau buat ni guna kicap Jepun/ Kikkoman warna dia gelap sikit compare dengan kicap cair biasa. So kalau guna kicap biasa boleh letak sikit kicap pekat untuk bagi warna gelap sikit. Kalau nak guna kicap Kikkoman/jepun, cari yang tulisan RUMI sahaja ye..
0146612435 - Pn khairiyah


Thursday, January 8, 2015

Seronok ke WAHM?


Rasanya semua orang tahu apa itu WAHM stand for kan "Work At Home Mom". Ada yang tanya seronok ke jadi WAHM? Haaaa...tentulah jawapannya seronok gila! Apa pengalaman saya..Jom saya share..

1) Saya dapat buat apa yang saya tak dapat buat sepanjang saya bekerja dulu iaitu bersenam...pagi-pagi orang lain terkejar-kejar ke pejabat dan jem berjam-jam..tapi saya tidak lagi..rutin saya setiap pagi,bersenam selama 1jam bersama suami tercinta..kebetulan suami pun bekerja sendiri dari dulu so dia tak rasalah perubahan sangat macam saya.. balik ke rumah sambung pula cycling 30 minit..peluh jangan cakap lah..selama ni peluh terperap selama 8 tahun..duduk pula dalam aircond..harap pergi ke site visit la baru berpeluh..

ha..ni basikal yang saya beli..murah sahaja..kalau beli brand Ogawa, Takasima memang beribu lah kan..tapi saya pilih yang ni je mmg berbaloi..ada meter tunjuk masa, jarak, kelajuan, kalori dibakar dan juga nadi..

dapatkan basikal senaman ni di sini

Suami pula lebih suka berbasikal biasa sahaja kerana nk ronda-ronda katanya.. selain  itu kami sambung pula workout untuk 15 minit untuk mengempiskan perut n spare tyre hehe menggunakan Revoflex ini:

dapatkan alat ini di sini

2) ada masa untuk santai-santai minum pagi bersama suami..selesai bersenam, jam pun dah pukul 9:15pagi, sarapan paling ringkas kami pilih dengan mengambil ESP/ Meal Shake serta Suppliment Shaklee..tiap-tiap hari tukar resepi berlainan supaya tidak boring..antara resepi pilihan seperti ini:

dapatkan Meal Shake ini di sini

3) Solat Dhuha..ya ini lagi satu..sepanjang 8 tahun sy bekerja..memang tak ada peluang langsung utk solat dhuha..tiada fasiliti surau jadi punca dan pengurusan adalah bukan beragama islam. Memang susah..masa sangat terhad. 


Syahdu rasanya bila dapat mengerjakan solat dhuha yang dah lama saya tinggalkan pada bulan ramadhan yang lepas..dan insya allah saya akan teruskan setiap hari..terima kasih juga pada shaklee family yang banyak memberi dorongan untuk terus mempertingkatkan maju dalam bisnes seiring dengan memantapkan ibadah kepada-Nya..ini adalah salah satu sebab itama kenapa saya pilih Shaklee berbanding peluang perniagaan yang lain. 

Tak dinafikan banyak peluang yang datang setelah saya mula bekerja sendiri..tetapi hati saya kuat untuk Shaklee..tq Mama Norhanita Jusoh

4) Masuk kerja jam 10 pagi..yeay..bukan tak boleh masuk awal pagi, tapi rasa lebih elok jika pengisian pagi di lengkapkan dengan aktiviti rohani dan jasmani, dengan itu tiada masalah untuk mula apa-apa pekerjaan..semua dimulakan dengan minda segar dan badan yang bertenaga..


Cerita saya..
Sebelum berhenti kerja, saya sudah mula membuat persiapan 3 tahun sebelum dengan menjinakkan diri dalam bidang bisnes ni..bermula dengan ejen dropship..niat asal untuk suka-suka kerana saya ada 2 orang anak perempuan dan sy memang pantang lihat pakaian dan aksesori yg cantik..sambil beli untuk mereka..saya buat satu blog untuk cuba menjual di www.zltkids.blogspot.com .  Walaupun menjadi ejen dropship untung tak seberapa, tapi saya buat sungguh-sungguh dan menyimpan keuntungan sedikit sedikit lama jadi bukit..hehe..setelah peroleh sedikit modal tanpa pinjaman bank, saya mula membeli barang sendiri secara borong tetapi berperingkat-peringkat..dropship saya masih teruskan..kemudian setelah 2 tahun aktif berdrophip, kewangan semakin stabil dan saya mula berniaga secara online secara serius dan mendaftar perniagaan serta membina website pula di www.zltkids.com

Nak buat website mcm saya? Dijamin harga mampu milik bukan ribu riban..hehe.. klick di sini

Banyak pengalaman pahit manis sebelum sampai ke tahap sekarang..masuk tahun ke tiga saya bercadang membuka butik sendiri di Subang Bestari kerana barang-barang jualan dah penuh stor dan tidak lagi sesuai di buat di rumah. 

Alhamdulillah rezeki berganda..dan urusan sangat mudah dengan website. Saya dapat bekerja dan dlm masa yang sama bisnes berjalan dengan sendiri tanpa risau..balik kerja hanya update payment customer sahaja. Suami pula membantu dalam urusan pembungkusan barang sebelum posman datang untuk pickup. Ejen-ejen dropship Zara Little Tots juga semakin bertambah..alhamdulillah syukur..

nak join sebagai ejen dropship ZLT Kids klik di sini.

5) Makan tengah hari bersama suami..mungkin saya berbeza sedikit..kerja saya di kedai bukan di rumah. Walaupun rumah dekat sahaja tidak sampai 1km dari kedai, tapi untuk balik dan prepare makan tengah hari untuk 2 orang memang sangat tak praktikal bagi saya..so kami pilih untuk makan tengah hari ala-ala berdating la kan..hehe best sangat..


Lokasi makan tengah hari di kedai yang berdekatan sahaja atau jika tidak banyak sangat urusan baru kami ke kedai yang lebih jauh dan tempat lebih istimewa..

6) Balik kerja tepat jam 5:30-6:00 petang tanpa perlu bersesak-sesak..dah lama tak rasa jem..hehe...kerana jarak memang x sempat panas enjin. Ambil anak-anak yang balik sekolah hanya di blok sebelah sahaja dan terus ke rumah.


Saya akan prepare makanan petang..menu makanan petang biasanya yang ringkas-ringkas aje..makan sambil-sambil anak-anak beriadah di luar rumah bersama anak-anak jiran..sangat happy lihat mereka dapat jalani kehidupan yang sihat..kalau tidak dulu, balik rumah dah malam..so anak-anak terperap lah dalam rumah..aktiviti terhad kepada buat homework dan menonton tv aje makan then tidur..

7) Masak untuk makan malam..dulu malam memang tak sempat nk masak. Blik kerja dah jam 8mlm..sekarang boleh lah memasak untuk si comel dan suami tercinta..feeling dia sangat tak terkata..

nak dapatkan tools yang superb cool untuk kitchen anda klik di sini.

8) Dapat solat berjemaah dan mengaji bersama anak-anak..mengikuti perkembangan dan mengulangkaji pelajaran anak-anak. Tidurkan anak-anak seawal jam 10mlm kadang2 saya juga terlelap sama..tapi kebiasaannya saya akan bangun semula untuk berkemas dan buat task list untuk keesokkan dan sambung dengan solat tahajud..dan tidur semula sehingga keesokkan hari rutin bermula seperti biasa..

Secara kesimpulannya, kepuasan saya rasa kerana semua dalam keadaan seimbang. Ibadah bertambah, kesihatan, makan, pakai anak-anak dan suami terurus..terasa perubahan yang sangat positif..

Bekerja sendiri tidak sama seperti bekerja dengan org lain..kita usaha lebih dapat lebih..rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan berdoa..kita mesti ada 1001 impian yang jelas untuk di capai..Alhamdulillah di tambah pula dengan jodoh bersama Shaklee, berikan impak baru kepada saya sekeluarga..

I love my new job WAHM, my life & my family!

Syukur Allah..

Nak join saya? Boleh..insya allah saya akan guide dan kita berjaya bersama-sama..insya allah..

Hubungi: Pn  Khairiyah  
Whatapps: 0146612435 

Menu Sarapan Tanpa Bangun Awal Pagi

Anak saya Zara Munira & Zara Wahida mmg tersangat picky dalam makanan harian..cara terbaik ialah saya kena pandai dalam menarik perhatian mereka untuk sarapan pagi yang nampak menarik dan sedap..dalam masa yang sama saya dapat selitkan Meal Shake dalam permakanan mereka setiap hari.

Saya nak share resipi Overnight Oat yang kita boleh campur bersama Meal Shake, buah-buahan dan kekacang..anak-anak saya sangat suka strawberry & kiwi mungkin kerana ada sedikit masam dan manis..hehe ikutkan aje..nk mudah dan murah guna buah-buahan tempatan aje seperti pisang, mangga pun boleh..so dengan ini kita tak payah risau sure kenyang dan mudah..



Antara resepinya adalah seperti di bawah..anda boleh tambah Meal Shake dalam setiap resepi ya..

Klik pada gambar untuk lihat resepi

Klik pada gambar untuk lihat resepi

Klik pada gambar untuk lihat resepi

Klik pada gambar untuk lihat resepi

Klik pada gambar untuk lihat resepi

Klik pada gambar untuk lihat resepi

Klik pada gambar untuk lihat resepi

Klik pada gambar untuk lihat resepi

Klik pada gambar untuk lihat resepi

Klik pada gambar untuk lihat resepi

Klik pada gambar untuk lihat resepi

Klik pada gambar untuk lihat resepi

Klik pada gambar untuk lihat resepi

Klik pada gambar untuk lihat resepi

Klik pada gambar untuk lihat resepi

Klik pada gambar untuk lihat resepi

Klik pada gambar untuk lihat resepi

Klik pada gambar untuk lihat resepi

Klik pada gambar untuk lihat resepi



Kenapa saya pilih Meal Shake sebagai campuran dalam Overnight Oat ni? Kerana Khasiatnya..



Selain itu kerana Zara Munira seorang yang picky eater, selalu di serang sinus, asma dan juga under weight..memang mencabar betul hehe..sekurang-kurangnya Meal Shake ni dapat menambah selera makannya..



dapatkan Meal Shake di sini

So apa lagi jom kita cuba resepi di atas...prepare malam sebelum tidur..esok pagi terus sedia untuk di makan..mudahkan...jimat masa dan berkhasiat..

Tuesday, January 6, 2015

Resepi "Lunch Box" sebagai bekal anak ke sekolah..


Lagi cerita bekalan anak-anak ke sekolah...sekarang ada sekolah pagi dan sekolah petang..mcm Zara Munira, sesi pagi ke Sekolah Agama As-Sakinah dan sebelah petang ke Sekolah Kebangsaan Subang Bestari..so saya kene sediakan bekal breakfast dan lunch..selamat kedai mamanya bersebelahan aje dengan blok sekolah ya..walking distance aje..:) 

Sebelum tu, masa zaman kita ke sekolah dulu, siapa pernah pergi ke sekolah bawa bekal makanan?? Ramai kawan-kawan kita malu bawa bekal ke sekolah sebab nanti kene ejek ngn kawan-kawan..orang kata tak "cool" la bawak bekalan..haha..macam-macam kan anak-anak ni..

Sekarang ni macam mana caranya untuk kita latih, pupuk dan galakkan anak-anak kita bawa bekal ke sekolah..bukan kantin tiada jual makanan..tetapi adakah menunya sihat dan cukup zat untuk anak-anak kita..bayangkan apa yang biasa kita lihat menu di kantin sekolah..

Contoh Menu Kantin Sekolah:
Mee Hoon Goreng, Mee Kuning Goreng, Nasi Lemak, Nasi Goreng, Nugget, Hotdog, Kuih Muih (Goreng) dan banyak lagi..
Air pula semuanya air manis..

Ya, makanan malaysia memang tidak lari daripada makanan berasaskan nasi atau lebih tepat karbohidrat. Bukan tidak bagus, karbohidrat membantu membekalkan tenaga kepada anak-anak dan dapat membantu dalam tempoh pembelajaran. Apa yang tidak sihat ialah penyediaannya.

Makanan di kedai-kedai makan kebiasaannya tidak lari daripada:

  • Berminyak
  • Berlemak
  • Perasa tambahan (MSG)
  • Manis
  • Masin
  • Penggunaan polisterin

Bagaimana pula harganya, ha...dulu zaman saya bawa RM0.50/hari ketika sekolah rendah dan RM1/hari ketika sekolah menengah dah cukup. Sekarang sekurang-kurangnya RM5 sehari bergantung pada tahap kebijaksanna anak-anak berbelanja..kadang-kadang kita sebagai ibu bapa rasa bagi lebih duit poket supaya anak-anak tidak lapar..atau guna ketika emergency. Ye lah zaman sekarang ramai anak-anak balik sekolah naik public transport kerana parents tak sempat jemput anak-anak sekolah kerana jarak sekolah jauh dari pejabat.


Saya belanja salah satu gambar dr Mr. Google  menu kantin sekolah..

Saya juga terfikir sekiranya saya juga masih menjadi ibu yang bekerja, mungkin angan-angan sediakan bekalan makanan untuk anak-anak takkan tercapai..alhamdulillah dengan jalan kehidupan sekarang selepas berhenti kerja, banyak yang dahulu tak dapat saya buat dan sekarang dapat dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Jom kita lihat menu-menu dan dekorasi-dekorasi lunch box menarik yang saya pilih untuk saya cuba dan sharing bersama anda semua..

klik pada photo untuk lihat resepi

klik pada photo untuk lihat resepi

klik pada photo untuk lihat resepi

klik pada photo untuk lihat resepi

klik pada photo untuk lihat resepi

klik pada photo untuk lihat resepi

klik pada photo untuk lihat resepi

klik pada photo untuk lihat resepi

klik pada photo untuk lihat resepi

klik pada photo untuk lihat resepi

klik pada photo untuk lihat resepi

klik pada photo untuk lihat resepi

klik pada photo untuk lihat resepi

Dah ada resepi...macam mana nak letak bekal..sekarang ada banyak bekas bekalan yang menarik seperti di Daiso murah dan jimat..


Ni contoh bekas makanan yang menarik di Daiso..banyak lagi design yang menarik mengikut selera anak anda.

Untuk bekas panas pula, bolehlah cuba bekas tahan panas seperti ini..

Dapatkan bekas tahan panas seperti ini di sini

Selesai mencari bekas, kita nak decor pula mcm ni,

Menarikkan bentuknya..

Dapatkan alat mereka bentuk menarik seperti ini di sini

dan mudahkan dan jimatkan masa untuk menghiris seperti ini,

cara lama...ambil masakan..

Dapatkan alat menghiris ini di sini

Mudahkan..dapat resepi dan link untuk dapatkan aksesori yang betul-betul awesome!

Ha...sebelum terlupa, untuk pastikan anak-anak kita semua mendapatkan kesihatan yang optimum, jangan lupa untuk membekalkan suppliment untuk pastikan mereka cukup bertenaga dan sihat sepanjang persekolahan dan dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran dengan baik..suppliment yang saya maksudkan adalah..

Dapatkan Set Anak Bijak ini di sini 

@

terus menghubungi saya Pn Siti Khairiyah untuk konsultasi dan diskaun hebat sehingga 20%!

Masa depan anak yang hebat bermula dari ibu bapa yang hebat, oleh itu marilah kita sama-sama praktikkan dan menjadi contoh untuk sentiasa berasa dikalangan orang yang hebat dan menjadi teladan baik untuk anak-anak..

Whatapps: 0146612435
FB: Confinement Moms